Ahad, 20 November 2016

Hijaukan Alam Maya (Kitar Semula)

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera... Hai semua...



Hari ini Cikgu Coklat akan membahaskan tentang kitar semula serta cara-cara yang betul dan tepat untuk kitar semula. Cikgu Coklat yakin pasti semua pernah mendengar perkataan kitar semula, betul kan? tapi tahukah anda maksud kitar semula?

Dan Cikgu Coklat juga yakin bahawa semua di sini  pasti pernah mengitar semula barang-barang terpakai di rumah, kan? Tapi tahukah anda, cara-cara kitar semula yang pernah anda lakukan di rumah itu betul ataupun salah?

Mari kita bincangkan tentang isu "KITAR SEMULA"

 Maksud Kitar Semula. 

Kitar semula ialah satu proses melibatkan 3R iaitu“Reduce,Reuse,Recycle”(kurangkan,guna semula,dan kitar semula)ke atas barangan yang boleh dikitar semula seperti kertas,barangan kaca,aluminium,logam,plastik,tekstil,elektronik dan lain-lain. Proses kitar semula juga melibatkan usaha mengumpul,memproses dan menggunakan semula bahan-bahan yang pernah dianggap sebagai sampah. Kitar semula memungkinkan bahan-bahan yang terbuang dapat dimanfaatkan dengan sebaik mungkin. Sebagai contoh, tin minuman terpakai yang telah dikumpul,diasingkan lalu direnyukkan untuk diangkut ke pusat kitar semula.Aluminium terpakai kemudian dilebur untuk menyingkirkan benda asing .Tin-tin aluminium terpakai kemudiannya digunakan untuk menghasilkan tin-tin yang baru.

Image result for logo kitar semulaRelated image

 Bahan-bahan yang Boleh Dikitar Semula. 

Terdapat empat barang asas yang boleh dikitar semula. Iaitu plastik, kertas, aluminium dan kaca.

Plastik (Tong sampah berwarna JINGGA.):
  • Beg-beg plastik membeli belah.
  • Beg-beg plastik daripada pasaraya.
  • Botol minuman plastik dan botol air mineral
  • Botol dan bekas plastik yang diperbuat daripada plastik yang boleh diproses untuk dikitar semula.
Aluminium (Tong sampah berwarna JINGGA.):
  • Tin minuman.
  • Semua jenis barang yang diperbuat daripada aluminium.
Kertas (Tong sampah berwarna BIRU.):
  • Surat khabar lama.
  • Majalah lama.
  • Buku.
  • Katalog.
  • Kalendar.
  • Risalah.
  • Kotak.
  • Serta semua jenis kertas sama ada berwarna ataupun tidak berwarna.
Kaca (Tong sampah berwarna COKLAT.):
  • Botol minuman kaca.
  • Botol kaca ubat-ubatan.
  • Gelas minuman.
  • Kaca tingkap.
  • Balang kaca.
  • Semua jenis kaca sama ada berwarna ataupun tidak berwarna.

Image result for gambar tong kitar semula warna jingga

Tiga warna tong sampah yang memiliki peranan yang berbeza.


 Aktiviti Kitar Semula. 

Bahan-bahan di atas boleh dikitar semula melalui proses penghantaran ke pusat kitar semula ataupun kita sendiri juga boleh membuat barang yang berharga melalui barang-barang kitar semula tersebut. Jika sesiapa yang rajin ingin menambah pendapatan atau ingin jimat kos membeli barang-barang di luar bolehlah cuba membuat barang yang di ingini melalui bahan-bahan ini. Antara barang yang dapat dihasilkan oleh bahan-bahan kitar semula ini ialah, botol plastik-pasu bunga, surat khabar lama-bakul, botol plastik-penyapu, dan sebagainya.

Di bawah ini Cikgu Coklat tayangkan beberapa keping gambar aktiviti kitar semula dan hasil lain yang diperolehi daripada aktiviti kitar semula ini.

Image result for aktiviti kitar semula

Aktiviti kitar semula, membuat bunga daripada beg plastik.


Related image

Kreatifnya! Pelbagai barang yang dapat dihasilkan melalui botol plastik.

Image result for aktiviti kitar semula

Cantiknya! Hanya dengan sedikit kerajinan sahaja mampu mengubah
barang kitar semula menjadi sesuatu barang berharga.

 Berita. 

Kerjasama yang terjalin daripada pelbagai pihak dalam memupuk sifat kitar semula di dalam diri masyarakat dapat di lihat dengan jelas melalui pelbagai inisiatif yang telah dijalankan di dalam kalangan masyarakat, bahkan di sekolah juga pihak pentadbir sekolah juga telah menerapkan amalan kitar semula di dalam diri para pelajar seawal pra-sekolah lagi. Anda boleh klik Sinar Harian untuk cerita selengkapnya.

 Laporan Pertandingan. 

Cikgu Coklat tertarik pada satu laporan aktiviti kitar semula yang di sediakan oleh sebuah sekolah di Pulau Pinang iaitu Sekolah Menengah Sains Tun Syed Sheh Shahabudin, Bukit Mertajam, Pulau Pinang.



Walaupun laporan di atas adalah laporan yang dikeluarkan oleh sebuah sekolah namun ia bukan sahaja berkaitan dengan penerapan aktiviti kitar semula dan pertandingan kitar semula dalam kalangan warga sekolah saja malah komuniti luar juga turut terlibat dalam aktiviti serta peetandingan kitar semula yang di anjurkan oleh sekolah tersebut.

Bahan-bahan Lain Yang Berkaitan dengan Kitar Semula.

Selain bahan-bahan yang tersenarai di atas, terdapat juga segelintir bahan-bahan lain yang tidak tersenarai boleh dikitar semula, antaranya ialah, kayu pallet, tayar kereta terpakai, kasut lama yang sudah tidak pakai, dan sebagainya. Dengan menggunakan sedikit olahan, barang-barang seperti ini mampu menghasilkan sesuatu yang bermanfaat kepada kita.
Image result for gambar kayu kilang di kitar semula

Kayu pallet yang tidak berguna mampu dijadikan kerusi.


Image result for gambar kayu kilang di kitar semula

Kasut lama yang tidak digunakan lagi mampu dijadikan pasu bunga.

Image result for gambar tayar kitar semula

Tayar lama dijadikan tempat tanaman bunga.

Video


Isi Tambahan.

Di sini Cikgu Coklat akan kepilkan link yang berkaitan Kitar Semula sebagai rujukan kepada pengunjung blog Cikgu Coklat Manis!
Sampai sini sahajalah coretan Cikgu Coklat semoga blog Cikgu Coklat Manis ini mampu membantu pengunjung-pengunjung yang singgah di sini. Terima kasih.